Saturday, September 23, 2006

A'kum kepada semua pengunjung,

Alhamdulillah minggu lepas banyak perkara telah berjalan dengan lancar dan jaya. Antaranya majlis sidang akhbar ZIARAH yang berlangsung Rabu lepas di Mines Resort. Terima kasih kepada semua yang menjayakan terutamanya Nik dan Muzaffar dari Astro yang banyak mempermudahkan urusan kami...juga kepada Team One-to-One View yang dikepalai oleh siapa lagi kalau bukan Paullina Oppei Paulus. Dan kepada semua sahabat wartawan....kehadiran dan sokongan anda semua amatlah kami hargai.

Esok... syukur ke hadrat Allah...sekali lagi kita semua berpeluang menghayati Ramadan Al Mubarak...sama-sama kita raikan Ramadan dengan penuh kemuliaan.

Dan bermula Isnin ini jam 6.30 petang, Ziarah bakal menemui anda di Astro Ria. Anda juga boleh menonton Ziarah setiap 12 tengah malam dan 6.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat jika tidak berkesempatan untuk menonton siaran petang. Bagaimanapun, saya mohon maaf kepada semua yang tidak memiliki Astro kerana tidak dapat bersama-sama menonton Ziarah.

Saya mahu ingatkan di sini bahawa Ziarah bukanlah dokumentari agama, ianya hanyalah catatan perjalanan kami merentas garisan krisis dan wilayah terpencil meninjau kehidupan saudara kita di sana. Saya mengharapkan usaha kami yang tidak seberapa ini bakal memberi sesuatu yang kita semua boleh manfaatkan bersama.

Dan jika tiada aral melintang, Kem Karismatik, satu lagi rancangan yang kami terbitkan di bawah tekanan dan cabaran yang maha dahsyat juga bakal disiarkan minggu depan bermula Khamis, 28 September 2006 jam 4 petang. Seperti dijanjikan sebelum ini saya akan cuba coretkan sesuatu di website Kem Karismatik secara mingguan.

Baik...izinkan saya kembali ke mood Ramadan sekejap ya. Bila saya kenang kembali memori Ramadan masa silam, terasa dada sedikit penuh dan mula naik sebak. Ingat lagi masa kanak-kanak dulu, saya dan kawan-kawan di kampung akan bersiap sedia lebih awal setengah jam sebelum waktu berbuka untuk keluar ke padang. Uniknya di Kuala Terengganu ketika itu waktu berbuka puasa dan imsak diumumkan dengan bedilan meriam. Kami bersorak keriangan dan lari pulang ke rumah masing-masing untuk berbuka bersama keluarga setelah bedilan kedengaran. Selepas sembahyang Maghrib di rumah, kami semua berkumpul pula untuk berterawikh di surau berdekatan. Bukan dari keluarga senang2, jadi tempurung dan lilin jadi peneman dan pemberi cahaya laluan semak samun. Sedih dan pedih jika dikenangkan tapi sebenarnya kesedihan dan kepedihan hasilkan kekuatan dan kekentalan jika diambil secara positif. Ok...itu kenangan Ramadan dulu-dulu.

Semoga kita semua lebih menghayati pengertian Ramadan sebenar tahun ini. Insyallah....

Jaga diri baik-baik dan jumpa lagi

Wan Din.



12 Comments:

Blogger WNH said...

W'salam & Assalamualaikum kembali...

Salam Ramadhan Al Mubarak untuk anda dan semua pengunjung blog ini juga. Semoga ramadhan kali ini akan memberi lebih keinsafan dan pengertian yang bermakna buat kita semua hendaknya...

Memang kenangan ramadhan di KT sangat berkesan di hati. Rasanya kini bedilan tanda masuk waktu berbuka masih kedengaran:)...

Walaupun semua kini sibuk dengan tugas yang harus diselenggarakan... ambillah peluang untuk beribadat sebanyak mungkin. Jika tak berkesempatan nak ke masjid atau surau, mungkin boleh lakukan sendirian di rumah :)

Untuk anda dan team produksi, tahniah atas keberhasilan Ziarah dan Kem Karismatik yang bakal menemui penonton beberapa hari lagi. Moga memberi banyak pengertian bagi yang menonton. Looking forward to watch the programmes then :)...

Sekali lagi buat anda dan semua bloggers, Salam Ramadhan Al Mubarak, moga ibadah kita semua akan mendapat ganjaran yang telah dijanjikan Allah buat kita semua hambaNYA yang lemah lagi kerdil di muka bumi ini, Insya Allah. Amin...

1:32 AM  
Blogger Precious said...

Selamat berpuasa Wan Din. Kalau ada salah dan silap dari lin and kawan kawan kat FM, lin minta maaf. Lin tau kekadang lin ada juga terlepas kata kat abe. Sorry ek. And ... thank you, for believing in me. :)

2:18 AM  
Blogger kaptenkeirin said...

Assalamualaikum W.B.T
Salam Ramadhan Al-Mubarak
-Maafkan saya untuk lisan yg tak terjaga,
-Janji yang tak tertunai,
-Hati yang berprasangka,
-atau Sikap yg pernah menyakitkan,
(sms sis terra,jgn marah sis):Kalau terasa nak buat jahat dlm bulan puasa nitanyalah iman...tentu iman kata xbleh...jgn tanya Aiman, nnt dia kata "aiman tak kisah"... :) ...
-Assalamualaikum W.B.T Ilal Liqa'

11:31 AM  
Blogger Mas Rahim said...

This comment has been removed by a blog administrator.

6:38 AM  
Blogger Mas Rahim said...

As'kum...Selamat Berpuasa..just wanna inform, follow ur show since edisi siasat dulu;-) frust bila u tinggalkan ntv but then tgk2 u jadi freelance ek...so, x sabar nak tgk ziarah..but maybe dpt tgk hujung2 je coz balik keje pun dah lambat;-( apa2pun, gud luck k!

p/s: sori, posting 1st tu ada silap ehhe

6:40 AM  
Blogger terrarosa said...

Assalamualaikum...
1st of all...
Syah ? bila masa plak En Wan letak post ni ?
oh... tak bagi tau akak yer !!

tuk Lin...
terra dah tau sebab apa PC Terra lembab tak ikuti perkembangan semasa... ianya diantara penggunaan Internet Explorer dgn Mozilla Firefox ...
kalu dgn MFirefox... Terra tak leh baca Post terbaru Lin.. dan post En Wan yg baru ni !! awat jadi camtu ? tak faham ler !! virus kot ?

alaaaa.... keciwaaanyerrr ... penat tunggu citer pose dr En Wan...

mood ramadhan ??
saya dulu pun orang susah gak..
tak yah citer laaa...kat opis ni.. nanti nangis , kurus pose saya :)

memori Ramadhan yg paling Best..
dapat adik Siti Nur Syawal , yup sehari sebelum syawal.. 1987
dan memori yg tak akan dilupakan...
kehilangan ayah saya pada hari yg sama... sehari sebelum raya..1999.

Alfatihah dan Yaa Sin untuk arwah ayah saya Abdullah Bin Che Mat...

11:43 AM  
Blogger terrarosa said...

ok balik semula kepada citer
Kem K..
ada ker tayangannya last week ?
minta2 laaa RTM buat hari Sabtu petang... satu Malaya cuti... termasuklah Terra , kak fid dan syah kan ?

lagipun budak2 skolah petang pun bleh tengok gak !!!
adik bongsu saya skolah petang ,
rasanya Kem K tu sesuai tuk golongan remaja kan ?
kita orang ni... nak tengok baby kedua 1 to 1 View jer

(yerler.. cakap jer laa direct!! nak dengar En Wan nyanyi lagi kan senang hee.hee.hee )

sekiranya... ditayangkan jugak petang khamis ? nampaknya Lin laaa sahabat sejati Terra yg baik hati...yg paling comel skali :)
heehh.heh.heeyy.. puji dulu baru minta tolong...
NANTI BAGI TAU YER BILA EPISOD
EN WAN NYANYI tu... bleh laa buat apa yg patut !! Plan A or Plan B :)

errrmmm Kem Kay berapa episod ekk..
lately.. Terra ader gak tengok IMPIAN Maggi Slurp kat TV9 ada gak kekurangannya... tapi harap2 peserta Kem Kay yg terkeluar tu... tidak berputus asa dgn usaha masing - masing
ok lah nak lunch ni..
opss.. maksud Terra nak kuar rehat.. buat apa yg patut :)

p/s Selamat Berbuka Puasa tuk hari ni , sebagai peringatan , doa yg mudah dimakbulkan Allah salah satunya adalah ketika berbuka puasa , jadi minta laa apa saja ketika berbuka puasa itu ...

salam - Terra ( Isnin 2 okt 06 )

12:42 PM  
Blogger terrarosa said...

En Wan !!
err.. :) :) :)
hik..hik...hik..
errr...
hari ni bleh laa saya berkawan - kawan gan En Wan !!

hik..hik..hik.. kawan dgn Kak Fid pun bleh gak... hee..hee..hee..
hari ni MY BEST DAY !
dah 30 dah...
disebabkan saya bukan selebriti... Aiman tak kisaaah , satu Malaya bleh tau umur saya !!

nampaknya... saya kena blajar bercakap matang macam En Wan ker ?
perlu ker ?
saya try sket...

ehemm...
Saudara Wan ,
apa khabar anda hari ni ?
nampaknya program Ziarah berjalan dengan lancar untuk minggu yang
ke 2 . Tahniah diucapkan..

Terima kasih .
Jaga diri baik - baik .
Jumpa lagi..

hik..hik..hik..
it's sooo En Wan !!
jangan marah nyer...
ada sesetengah perkara , Terra nak ikut mcm En Wan...
tapi selebihnya... jadi diri sendiri jauh lebih Bessstt...
i'm 30.. remember !?

ok lah... nak samb. kijer lagi...
byk kijer kena selesai sebelum raya , ni kira rehat jap..
apa cerita dgn Kem K ?

salam
- Terra ( 4 Okt 2006 )

*bulan puasa ni , kek tak best laaa... ingat nak potong Sotong Sumbat 5 ekor.. ok kan ?

10:27 AM  
Blogger Pnut said...

saya suka menonton Ziarah, tapi sayangnya adakalanya pakaian Dang Suria kurang islamic, tak sesuai la,

adegan dang suria mandi sungai jugak tak perlu kot rasanya nak shot kat dia time tu,tak perlu tunjuk di tv,

anyway, well done tu all of you

2:58 PM  
Blogger terrarosa said...

Assalamualaikum...
saya lagi :)
but i'm 30 now :)
mungkin bulan 12 nanti..bila free..
saya akan buka blog saya sendiri...
saya tak akan lepak lama - lama dekat blog En Wan dah...
lagipun... Insyallah hujung tahun ni kita akan berjumpa ...

cewaahh... confident giler ni...maklumlah azam tahun ni semuanya dah tercapai.. jadi nak realisasikan azam tahun depan plak :)

alamat One to One View dah dapat... nanti lepas raya ,saya buat Kertas Kerja.. Kak Fid sokong.. En Wan luluskan yer !?
lani tengah fikir.. tajuk kertas kijer tu !!
samaada MISI MENCARI WAN DIN ? atau ZIARAH KAMARUDIN ? atau nanti lah saya fikirkan ...
sebenarnya nak jugak cari kedai DIY En Wan yg kat KT tu.. apapun nanti saya masukkan semuanya dalam kertas kijer !!
ok kat bawah ni.. sedikit pendapat saya ttg Ziarah...
harap2 En Wan terima dgn hati terbuka...

1:32 PM  
Blogger terrarosa said...

Salam….
Walaupun Terra tak tengok Ziarah , walaupun Dang Su best fren En Wan , namun Terra bersetuju dgn pendapat kak Pnut ..
Dr blog ziarah dan gambar2 yg ada dlm media cetak , tidak dinafikan pakaian Dang Su.. tidak begitu Islamic…
Walaupun En Wan ada mengatakan yg Ziarah bukan program berunsurkan agama , namun bumi Palestin dan Lubnan adalah kawasan perjuangan penduduk Islam..
dan siaran Ziarah pula adalah ketika umat Islam berpuasa…
Mungkin bagi Dang Su… .pakaiannya tidak seksi sebab mungkin itu pakaian hariannya , ataupun mungkin pakaian sponsor … malah pakaian tersebut selesa dipakai dlm keadaan tertekan seperti peperangan di Lebanon , mungkin juga Dang Su tak nak jadi hipokrit ( betul ker eja ni ? ) dan tak kan nak bawa baju kurung 2-3 pasang ?

namun …. Budaya setempat perlu diambil kira…

Sebab itu lah orang dulu2… mencipta pepatah…masuk kandang kambing mengembek…dan masuk kandang harimau mengaum…
Lagipun krew Ziarah membawa bersama budaya dan imej masyarakat Malaysia…
Sebenarnya tiap kali terpandang gambar Dang Su dekat media cetak untuk program Ziarah… saya terus memerhatikan pakaian nya…ada juga yg sopan tuk dipakai…lega rasa hati … bukan tak boleh berbaju kemeja , T shirt dan jean… tapi biarlah sedikit longgar , berlengan panjang dan melepasi paras punggung (terpaksa taip sebab tak der dah perkataan yg sesuai :) Kalau pakai macam kakak2 Mercy Malaysia pun ok…
Saya faham ada juga wartawan skrang yg pakai tudung tapi tetap kelihatan seksi… tapi kita cuba buat yg termampu dan terbaik !!

Dang Su cantik bertudung … apatah lagi bertudung hitam… sebab dia puteh … tudung hitam tu..banyak dipakai oleh penduduk di sana kan ?
Sebenarnya bentuk muka Dang Su cantik kalau pakai tudung…
Kalau saya ada disana , saya akan “pin” dan pakaikan tudung untuk Dang Su cantik – cantik… :) dengan kata lain … bawa lah saya bersama untuk Ziarah ,musim ke 2 hee..heee..h.ee ( ada hati nak ikut :P )
pemilihan Dang Su sebagai pengacara adalah tepat kerana Jiwanya yg sensitive dan bersifat keibuan itu… memang sesuai untuk melayan kanak – kanak mangsa perang dan mendalami perasaan kaum wanita disana…

Walaupun isi kandungan Ziarah adalah jauh lebih penting untuk dipertengahkan dari isu pakaian , namun sekiranya ini adalah kehendak penonton…
Eloklah diambil kira dalam pembikinan Ziarah musim ke 2…

Tentang isi kandungan atau konsep Ziarah saya tak boleh nak komen sebab tidak mengikutinya… adegan mandi – manda pun I hav no comment… Cuma apabila dirujuk balik keratan akhbar…. ( yg ada dlm simpanan saya ) Kebanyakkannya menceritakan tentang kemelut peperangan dan reality kehidupan saudara islam… mungkin disitulah kesilapannya…mungkin ramai yg anggap Ziarah akan menyiarkan keadaan perang dan peninggalan sejarah sahaja…
kalau En Wan terbaca post saya sebelum ini…Saya pernah mengatakan yg
bumi Afghanistan bukan tempat untuk berposing sambil tersenyum…

Alahai… saya sendiri pun mempunyai tanggapan salah tentang ziarah !!
Seingat saya , ada sedikit jer diceritakan oleh En Wan dalam harian Metro…bahawa isu tempat cantik dan budaya yg unik juga turut dipertengahkan dlm Ziarah…

Ok…. Ini shj yg dapat saya beri untuk membantu krew Ziarah membaiki sedikit kelemahan itu… saya minta maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung mana2 pihak… terutama orang2 yg saya hormati… En Wan , Lin dan ZRA..
dan secara peribadi untuk Dang Su…

2:01 PM  
Blogger kaptenkeirin said...

Assalamualaikum w.b.t...
-sekali lagi buat semua selamat menunaikan ibadah puasa....
-erm..ni rasanya my 1st post dalam bulan Ramadhan ni...syah belum komen apa2 pasal Ziarah lagi...overall apa yg syah nak katakan dah dikatakan oleh fan2 ziarah yg lain...apapun tahniah buat semua kru ziarah sis lin, en.wan n sis dang suria....u all did a great job...
-frankly syah katakan yg syah cuma sempat menonton episod2 1st ziarah..n lepas tu syah tak berkesempatan...maklumlah di Sabah waktu berbuka dalam jam 6++...lepas tu nak solat maghrib lagi..so memang tak berkesempatan...nak tengok yg malam plak...takut ngantuk esok..hikhikhik...
-erm en.wan tak nak explen bout Kem K???
-Sis Terra: my HP was out of credit....jadiknye tak dapat nak membalasnya....erm..Happy 30th Birthday...may Allah bless u...
-Sis Fid:TQ 4 ur care...nnt syah explen kt sis...skrg tgh cbuk...
-erm last but not least..ni khas buat en.wan...ada seorang kawan syah minat sangat kat Ziarah..her name is NorNadila...dia tgk prog ziarah ari2...xpernah miss....erm...maybe u should greet her...hi..or sumting...
-ok lah..apapun yg baik semua drpd Allah n yg buruk tu drpd diri Syah sdr..Assalamualaikum...ilal liqa'...

2:48 PM  

Post a Comment

<< Home